grloldskool say's

assalammualaikum and hi!
actually mmg x reti sngt tulis,tp suka nak cerita apa yang terjadi dalam life aku utk korang semua bace..so...juz enjoy ek!tqvm

Saturday, August 29, 2009

dia...

dia..
tanpa sedar..
dia hadir dalam hidupku
mengisi kekosongan kamar hatiku..

dia..
x kusedar hadirnya
x ku pinta pertemuan itu
mungkin sudah suratan Ilahi
bertemu di situ..

dia..
menjadi putera mlmku
kuimpikan dia temanku
seumur hidupku..

Thursday, August 27, 2009

what's ur ambition???


masihkah kt ingt,sewaktu kt kecik2 dulu?time tu bl ujung tahun,cikgu kelas mesti amik kad pelaporan kt,lepas tu panggil sorang2 anak murid dia ke depan.Macam2 cikgu kita tanya...alamat rumah kamu sama lagi ke?mak kamu ader tambah adik lg ker?apa hobi kamu?dan soalan last skali mesti 'sifu' kt akan tanya ...cita2 kamu apa?hem...bila soalan ni la yang paling aku lemas.sebab tiap2 tahun aku kene reka cita-cita ape nak jadi.darjah satu kata nak jadi ustazah...darjah dua tukar nak jd doktor..darjah 3 lak nak jadi pramugari..darjah empat "jurutera la cikgu!" boleh kata kalo sekolah rendah tu sepuluh tahun..sepuluh cita2 aku ada.hahahaha

tapi,sebenarnya bila difikirkan balik,cita2 tu sebenarnya pemangkin kita untuk terus meraih kejayaan apabila besar.setiap tahun,apa yang ditanya oleh guru-guru sekolah kita ketika di zaman sekolah adalah bagi membolehkan kt sentiasa berusaha untuk meraih kejayaan setiap tahun.walaupun kadang kala tak semua yang diimpikan oleh setiap orang di waktu zaman kanak2 dapat dicapai ketika dewasa.

setiap orang mengimpikan yang terbaik dalam hidup masing2.bagi aku,zaman sekolah adalah segalanya.sejauh mana kita belajar,itulah yang membawa kita pada masa hadapan.Apa yang penting ucapan tahniah aku ucapkan kepada semua guru-guru dan pensyarah yang telah mengajar aku selama ini. walaupun aku tak berjaya mendapat apa yang aku impikan sebagai seorang doktor (huhu sebab ini yang paling aku suka waktu kecil2 dulu) tapi menjadi seorang guru juga merupakan satu anugerah istimewa dari Allah S.W.T .akhirnya,ketika konvokesyen aku pada 13 April 2009 setitis air mata kejayaan mengalir sebagai tanda terharu dan gembira atas segala penat lelah selama ini dalam menuntut ilmu.semoga kejayaan ini tidak terhenti di sini....doktor ke,guru ker, yang penting aku dapat menunaikan bakti kepada insan manusia....

blaja masak!


Kate orang tue2.."setinggi mn pon orang perempuan tu blaja,ke dapo jugak akhirnya"..erm..statement ni dulu penah jadi satu kontroversi yang tak terhingga dalam hidup aku..hem,bukan nak kate ape,tp mungkin sbb duduk kat sekolah asrama menjarakkan diri sendiri dengan dapo..hehe sape suruh x buat dapo kat sek asrama dulu..hem..tp bila meningkat dewasa,bru tau kenapa org perempuan ni..perlu blaja masak..

skill memasak ni sebenarnya bukan la ader dlm diri aku..serius..suruh la masak aper pn,keluar la muka rimas,meluat n benci nak ngadap dapo...bukan ape,satu,sebab tak suke kasi dapo selerak lepas masak, kedua, takder idea camner nak mulakan masak..ketiga,hehe malas...tapi satu hari tu, suatu kejaiban yang tidak didorong oleh sesiapa mendatangkan satu semangat baru...yang aku..MESTI BELAJAR MASAK!

erm..sebenarnya bagi mana-mana kaum hawa yang spesies cam aku jugak,aku rase tips ni sesuai tuk dikongsi supaya sama2 kite mula menjadi wanita yang pandai masak..

1) mesti ader dalam diri semangat untuk mula blaja masak dan minat untuk memasak

2) cuba belajar masak dengan tanya pada ibu,ayah,kawan,sepupu ker,opah, mak angkat erm..senang citer org yang lebih pandai dari kt tentang memasak sesuatu makanan.

3) masak dengan sepenuh jiwa..ni kata2 dr chef wan..dier cakap kalo nak masak ni mesti buat mcam kita yang nak mkn..so bila kt nak mkn,mesti kita nak mkn sedap2 kan??

4) cuba masak tuk family sendiri..slalunya ibu,ayah n adik-beradik kt adalah pengkritik utama kt..klo sedap diorang akan ckp sedap klo tak sedap kene sedia la terima teguran dr mereka..ape2 pon tahan telinga sikit la..tp xper itu bleh mempertingkatkan tahap skill memasak kt!

5) tengok rancangan tv yang ada tunjuk camner nak msak makanan..erm..skarang ni bnyk progam tv yang ajar masakkn kampong, resepi org mude, resepi artis, msakkan barat..x kesah la sape pon chef nyer..kt tgk jer..bl tgk diorang msak mknn sedap2,nnti kt mesti nak cuba blaja msak mskkn tu tambah2 kalo mskan tu yang simple2 dan senang.klo xnak amik resepi pon xper,sebab boleh dapat kat internet semua resepi tapi yang penting tips2 menarik yang boleh kt amik ketika masak..

6) puas hati dengan apa yang dimasak...ni penting,klo korang tak puas hati mesti lepas ni korang malas dah nak masak...

Ni tips dari aku yang dulu tak tau masak tp sekrang boleh la nak masak...huhu..mungkin ada bnyak lagi cara untuk kite mula minat memasak.tak kisah la apa cara sekali pun,yang penting kt belajar masak.sekurang2 nya bila kita dah kahwin nanti xder la malu ngn mak mertua kalo tak reti masak...satu lagi korang akan rasa seronok sangat bila masakkan kita di makan oleh orang2 yang kita sayang cam family kita..lepas tu siap tambah nasi lagi...hehe puas hati beb!


Wednesday, August 26, 2009

celoteh pertama sy!

hari ni..tepat pukul 3 ptg, 6 ramadhan..27 Ogos 2009 hari pertama sy dlm blog yg dibina sbb nak isi kebosanan duduk kat umah ni..hehe..lme tu.. cuti sementara tunggu posting guru..hem actually, utk hari ni tak der aper pon nak kongsi.Tapi, harap2 dengan blog ni,sy dapat share something dengan orang lain tentang diri,kehidupan harian dan isu semasa..kepada semua Selamat Menyambut Ramadhan!